KONFLIK antara penyanyi Nourul Wahab dan anaknya iaitu Ayu Nazirah akhirnya menemui titik nokhtah apabila kedua-duanya sudah saling meminta maaf. <br /><br />Perkara tersebut dikongsi sendiri penyanyi dan komposer Ajai yang memaklumkan Ayu sudah menghubungi bekas isterinya itu dan menjelaskan salah faham yang berlaku di antara mereka.<br /><br />Ajai bagaimanapun memberitahu Ayu belum berkesempatan bertemu sendiri dengan Nourul yang kini menetap di Bali, Indonesia disebabkan kesibukan kerja.
