Ibarat senjata makan tuan - Fuziah

BERITA SEMASA 18 NOVEMBER 2023

Tindakan kerajaan sebelum ini yang menggugurkan klausa dalam draf asal Akta Anti Lompat Parti dilihat bagaikan ‘senjata makan tuan’.

Pengarah Institut Latihan Keadilan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh berkata, kerajaan pada ketika itu mempunyai kuasa mutlak menentukan kandungan dan hala tuju akta tersebut.

Beliau mengulas mengenai Akta Anti Lompat Parti susulan tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu beralih sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).

Fuziah berkata, PKR yang ketika itu menjadi pembangkang hanya bersetuju dengan draf akta tersebut kerana yang penting adalah tidak melompat parti.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/635108/berita/nasional/eksklusif-ibarat-senjata-makan-tuan---fuziah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian