Surprise Me!

Calon BN PRK Kemaman komited jalankan tugas

2023-11-18 6,618 Dailymotion

Calon BN PRK Kemaman komited jalankan tugas

BERITA MOJO 18 NOVEMBER 2023

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan saingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Nurfardlina Izzati Moktar.

Mereka terdiri daripada bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari BN dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi Pas.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab di Pusat Penamaan Calon di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman pada jam 10.15 pagi, Sabtu.

LINK FB: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/6584669481645433

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/635133/berita/politik/prk-kemaman-bn-lawan-pas

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #PRKKemaman #PRK2023

Buy Now on CodeCanyon