Guru madrasah mengaku tidak bersalah cederakan murid

BERITA MOJO 20 NOVEMBER 2023

Seorang guru madrasah mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling, Kedah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap anak muridnya dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Tertuduh, Amirul Hakim Johari, 27, membuat pengakuan tidak bersalah itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Najwa Che Mat pada Isnin.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak lelaki itu dipertanggungjawabkan menjaga mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun telah mengabaikan iaitu menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/635456/berita/semasa/guru-madrasah-mengaku-tidak-bersalah-cederakan-murid

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #Dera #Murid #GuruMadrasah