Selamatkan keluarga dalam kebakaran, Altamis terima pingat Hang Tuah

BERITA MOJO 20 NOVEMBER 2023

Seorang murid Tahun Tiga, Altamis Faiz Shahrullizam dianugerahkan pingat Hang Tuah atas keberaniannya menyelamatkan enam anggota keluarga yang terperangkap dalam kebakaran pada 4 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Anugerah disampaikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di Johor Bahru pada Isnin.

Altamis Faiz berkata, dia masih terbayang detik ketika mendukung adik bongsu berusia tiga tahun sewaktu kebakaran berlaku di rumah teres dua tingkat di Bandar Sri Coafields, Selangor pada jam 4 pagi.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/635484/edisi/johor/selamatkan-keluarga-dalam-kebakaran-altamis-terima-pingat-hang-tuah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini