Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ke Amerika Syarikat baru-baru ini, telah berjaya menghasilkan komitmen pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM63.02 bilion.<br /><br />Selain itu, MITI dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, lawatan tersebut juga berjaya mencapai nilai potensi eksport banyak RM2.78 bilion dari Malaysia.<br />