ISTERI kepada pelakon Beto Kusyairi iaitu Tisha Shahar tidak pernah menghalang suaminya untuk terus menyertai aktiviti permotoran meskipun baru sahaja terlibat dalam kemalangan ketika mengikuti sebuah konvoi baru-baru ini. <br /><br />Kata Beto, Tisha cukup memahami mintanya terhadap bidang ini dan hanya meminta dia mengambil masa untuk pulih sebelum kembali aktif dengan aktiviti konvoi. <br /><br />Pada 13 November lalu, Beto terlibat kemalangan jalan raua semasa menyertai konvoi motosikal.
