PN tidak terdesak mahu tarik sokongan wakil rakyat UMNO - Sanusi

BERITA MOJO 24 NOVEMBER 2023

Perikatan Nasional (PN) bukanlah terdesak sehingga terpaksa menarik sokongan wakil rakyat UMNO, sebaliknya ia berlaku susulan penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH) itu sendiri, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Perkara itu dijelaskan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa tiada sebarang tawaran diberikan kepada wakil rakyat UMNO.

Mengulas lanjut, Menteri Besar Kedah itu berkata, PN sentiasa menyambut baik sokongan wakil rakyat UMNO terhadap PN dan yakin ia akan berlaku pada bila-bila masa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/636278/berita/politik/pn-tidak-terdesak-mahu-tarik-sokongan-wakil-rakyat-umno---sanusi

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Sanusi