"Sejak dilancarkan sehingga 14 November 2023, sebanyak 3,947 aktiviti telah dilaksanakan merentas 10 gaya hidup baharu," kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.<br /><br />Program Rakan Muda melibatkan penyertaan 1,078,674 orang belia di seluruh negara dan melepasi sasaran sejuta penyertaan belia untuk tahun ini.
