TERSINGKIR di peringkat suku akhir pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV), penyanyi Aliff Aziz menerima baik dengan keputusan tersebut dan menyambut baik setiap komen yang diberikan oleh barisan juri.

Meskipun berdepan dengan masalah kesihatan sejak beberapa minggu lalu, Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 32, tidak mahu menganggap ia sebagai sebagai alasan gagal memberikan persembahan terbaik.

Baginya ini juga satu pencapaian terbesar dalam kerjaya sebagai seorang penyanyi kerana mampu bersaing dengan sembilan juara musim Gegar Vaganza terdahulu.

Tambahnya dia mahu mengambil tempoh rehat supaya dapat pulih dari masalah peti suara yang dihidapi sebelum mengatur perjalanan dalam kerjaya seni.