Biarpun berbeza ideologi dan parti parti politik, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau sentiasa mengiktiraf kedudukan ketua-ketua kerajaan negeri, biarpun mereka berstatus pembangkang di peringkat persekutuan.<br /><br />Sebagai contoh, jelasnya lagi, beliau memastikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli turut bersama-sama dengannya dalam pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada Isnin.<br />
