Remaja acu pisau pada pemandu e-hailing direman

BERITA MOJO 28 NOVEMBER 2023

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung cubaan merompak seorang pemandu e-hailing di Taman Keladi, Sungai Petani pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Kes membabitkan remaja berkenaan tular selepas video berdurasi satu minit 32 saat tersebar di media sosial memaparkan seorang pemandu e-hailing warga emas berdepan saat cemas diacu sebilah pisau oleh seorang penumpang lelaki.

Pemandu berusia 65 tahun itu bagaimanapun terselamat setelah cuba merampas pisau dan menggigit tangan suspek menyebabkan melarikan diri.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/636883/berita/semasa/remaja-13-tahun-acu-pisau-pada-pemandu-e-hailing-kerana-duit

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Mojo #perasugut #remaja