Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Rabu mengumumkan pemberian bonus sebanyak dua bulan gaji pokok kepada kakitangannya yang akan disalurkan sebelum hujung tahun ini.<br /><br />Menurutnya, seramai 28 ribu anggota perkhidmatan awam Sarawak akan menerima bantuan khas kewangan tersebut dengan kos sebanyak RM172 juta.<br />