BERITA MOJO 30 NOVEMBER 2023

Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Gemas, Tampin, Negeri Sembilan pada Khamis atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih empat kilogram, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Seah Wai Lun dan Muhammad Kumaran Gurubaran Arumugam sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Berdasarkan pertuduhan berkenaan, mereka secara bersama-sama didapati mengedar dadah berbahaya jenis kanabis dengan anggaran berat 4164.2 gram dan heroin dengan anggaran 77.7 gram.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada jam lebih kurang 5.45 petang di hadapan sebuah rumah di Jalan Pulai 1 Bandar Utama Tampin pada 23 November lalu.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/637306/berita/semasa/dua-lelaki-didakwa-edar-dadah-4kg

Muzik: Elevate daripada www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Cabul #Dadah #EdarDadah