Air Sungai Golok naik mendadak, penduduk sedia pindah

BERITA MOJO 2 DISEMBER 2023

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang naik secara mendadak pada Sabtu menyaksikan penduduk mula berkemas dan siap sedia untuk berpindah bila-bila masa bermula sekarang, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati paras air Sungai Golok sudah melepasi amaran dan berada pada tahap bahaya iaitu 10.20 meter berbanding normal lima meter setakat jam 4.15 petang.

Pada masa yang sama, beberapa kawasan seperti Kampung Kedai Lama, Kampung Dangar dan sekitar mula menerima limpahan air Sungai Golok.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/637726/edisi/kelantan/air-sungai-golok-naik-mendadak-penduduk-siap-sedia-pindah

Muzik: Evolution daripada www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Banjir #SungaiGolok #Kelantan