Walaupun cuba disembunyikan, namun air mata tetap tumpah tatkala bertemu ahli keluarga di hadapan mata.<br /><br />Suasana sebak dan pilu mengiringi pekarangan Penjara Kajang apabila 36 banduan diberi peluang untuk menjamu makanan tengah hari bersama insan tercinta, menerusi Program Jalinan Kasih Sempena Deepavali, baru-baru ini.<br />
