Surprise Me!

Ibu rayu orang ramai bantu cari anak OKU hilang

2023-12-06 22,365 Dailymotion

Ibu rayu orang ramai bantu cari anak OKU hilang

BERITA MOJO 6 DISEMBER 2023

Ibu kepada kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang sejak Selasa, Ismanira Abdul Manaf, mahu melakukan teknik perubatan Islam bagi mengesan keberadaan anaknya itu, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.

Ismanira, berkata, sudah 24 jam anaknya dilaporkan hilang, kalau masih tidak jumpa, dia akan cuba ikhtiar secara Islam melalui solat hajat dan sebagainya untuk mencari Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Jelasnya, anak istimewanya yang berusia enam tahun itu kali terakhir dilihat bermain di taman permainan di Apartment Idaman, Damansara Damai sebelum memasuki kawasan belukar berhampiran.

Ismanira merayu orang ramai membantu mengesan anaknya itu dan berharap Zayn segera ditemui dengan selamat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638354/berita/semasa/keluarga-ikhtiar-solat-hajat-cari-zayn-rayyan

Muzik: Elevate/bensound.com

#SinarHarian #BeritaMojo #SinarTerkini #anakhilang

Buy Now on CodeCanyon