Polis Subang Jaya melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, minuman keras, rokok dan mesin bitcoin bernilai kira-kira RM1.24 juta.<br /><br />Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, barangan kes berkenaan melibatkan 179 kertas siasatan yang diselesaikan antara 2020 hingga 2021 dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.<br />