Isu perubahan iklim global harus ditangani berdasarkan prinsip tanggungjawab bersama tetapi dibezakan atau 'Common but Differenciated Responsibilities (CBDR) oleh semua negara.<br /><br />Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika menyampaikan kenyataan negara sempena Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) pada Sabtu berkata, Malaysia telah dan sedang melaksanakan pelbagai perkara dalam mencapai aspirasi rendah karbon 2030 dan karbon sifar 2050.<br />