Tinjauan harga ikan: Tiada peningkatan ketara

BERITA MOJO 12 DISEMBER 2023

Kecoh berhubung harga barang mentah khususnya ikan dan sotong didakwa berlaku peningkatan di beberapa kawasan di seluruh negara, lapor Wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Namun, tinjauan harga ikan temenung dan sotong di sebuah pasar pagi di Kedah dilihat terkawal serta tidak berlaku peningkatan ketara berbanding minggu lalu.

Peningkatan harga didakwa bergantung kepada beberapa faktor termasuk cuaca, jumlah bekalan dan permintaan namun ketika ini kesemua faktor itu masih terkawal.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate/bensound.com

#SinarHarian #BeritaMojo #SinarTerkini