BERITA SEMASA 14 DISEMBER 2023

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan arahan pelaksanaan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 dalam masa terdekat berikutan peningkatan kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan itu akan melibatkan golongan rentan iaitu pesakit kronik dan warga emas yang lebih berisiko untuk dijangkiti.

Menurut Dr Dzulkefly, bekalan vaksin sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan rakyat dalam usaha kerajaan mengekang penularan Covid-19.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/639584/khas/covid-19/covid-19-kkm-keluar-arahan-pelaksanaan-dos-penggalak-ketiga

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa