Mangsa banjir gelombang kedua Kelantan meningkat

BERITA MOJO 15 DISEMBER 2023

Mangsa banjir gelombang kedua di Kelantan meningkat kepada 1,237 individu daripada 350 keluarga pada Jumaat berbanding 821 melibatkan 212 keluarga sehari sebelumnya, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Kawasan yang terlibat adalah di daerah Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Berdasarkan Tinjauan Sinar Harian mendapati mangsa-mangsa ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu sembilan di Kuala Krai, lapan Tanah Merah dan satu Pasir Mas.

ARTIKEL berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/639825/edisi/kelantan/mangsa-banjir-gelombang-kedua-kelantan-meningkat

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini