Cukai jualan 10 peratus hanya babit barangan import

BERITA MOJO 17 DISEMBER 2023

Cukai jualan sebanyak 10 peratus yang berkuat kuasa 1 Januari tahun depan hanya melibatkan barangan import dan tidak melibatkan produk tempatan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Kewangan susulan terdapat salah faham mengenai penguatkuasaan itu.

Menurutnya, langkah itu tidak memberikan kesan kepada produk tempatan, sebaliknya dijangka dapat meningkatkan daya saing produk keluaran dalam negara.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/640064/berita/nasional/cukai-jualan-belian-dalam-talian-hanya-libatkan-produk-import-bawah-rm500

#BeritaMojo #SinarHarian #SinarTerkini #FahmiFadzil