Jenazah Ibnor Riza selamat dikebumikan

BERITA MOJO 18 DISEMBER 2023

Jenazah penyanyi terkenal era 80-an, Ibnor Riza Ibrahim, 62, selamat dikebumikan pada jam 10.40 malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Tengkek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Sebelum itu, jenazah penyanyi Mimpi Tak Sudah itu tiba di Masjid Tunku Alif Hussein Al-Amin Kariah Tengkek di sini jam 8.30 malam untuk disolatkan.

Lebih 200 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/640137/berita/semasa/jenazah-ibnor-riza-selamat-dikebumikan

Muzik: Roie Shpigler - Phantom Pain dari www.artilist.co

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #IbnorRiza