Suasana pengebumian M Daud Kilau

MOJO LIVE 19 DISEMBER 2023

[MOJO LIVE] Suasana pengebumian penyanyi legenda tanah air, Datuk M Daud Kilau di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk, Perak, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Jenazah tiba di Masjid Tuminah Hamidi dekat sini sekitar jam 9.20 pagi pada Selasa bagi memberi ruang kepada ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan memberi penghormatan terakhir.

Jenazah sebelum itu dibawa keluar dari Hospital Teluk Intan pada jam 8.55 malam, Isnin sebaik selesai urusan dokumentasi untuk di bawa ke kediamannya di Kampung Sungai Balai Baroh.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaMojo #MDaudKilauMeninggal