Penghantar barang disyaki edar 112 kilogram dadah

BERITA MOJO 21 DISEMBER 2023

Seorang penghantar barang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah jenis Syabu anggaran berat 112 kilogram dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh D Dkrishna Rao, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 9 Disember lalu, jam 8.55 malam bertempat di Jalan Tuanku Antah, Seremban disyaki mengedar dadah jenis syabu anggaran berat 112,482 gram.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/640680/berita/semasa/penghantar-barang-didakwa-edar-dadah

Muzik: Bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaMojo #mahkamah #edardadah