BERITA SEMASA 22 DISEMBER 2023

Parti Amanah masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.

Timbalan Pengerusi Amanah Pahang yang juga Ketua Amanah Kawasan Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, beliau percaya akan tiba masanya berlaku peralihan kuasa dalam parti.

Beliau berkata, ini bukan masa sesuai Datuk Seri Mohamad Sabu untuk berundur malah beliau masih mempunyai tempoh satu penggal untuk memenuhi tempoh maksimum menjawat jawatan presiden menurut perlembagaan Amanah.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Amanah