Kes Zayn Rayyan: Polis minta bantuan Interpol

BERITA SEMASA 23 DISEMBER 2023

Polis memohon bantuan daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperolehi dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, bantuan itu melibatkan maklumat yang telah diperoleh oleh pasukan siasatan yang memerlukan siasatan lanjut daripada pengkalan data Interpol.