Kediaman pengasas Silat Gayong Malaysia akan dibina semula

BERITA MOJO 25 DISEMBER 2023

Kediaman Pengasas Silat Seni Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd Hashim yang terbiar akan dibangunkan semula tahun hadapan, Lapor Wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Perkara itu diumumkan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin ketika meninjau keadaan rumah yang terletak Jalan Ayer Kuning Taiping pada Ahad.

Menurutnya, usaha berkenaan merupakan inisiatif peribadi beliau sebagai mengenang jasa dan sumbangan Meor Abdul Rahman dalam seni persilatan tanah air.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/641154/edisi/perak/rumah-pengasas-silat-gayong-malaysia-bakal-dibina-semula

Muzik: Bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaMojo #PesilatTanahAir