Penduduk Kukup siap sedia hadapi air pasang besar

BERITA MOJO 26 DISEMBER 2023

Penduduk di Kukup Pontian, sudah membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku fenomena air pasang besar yang dijangka bermula pada Januari, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Tinjauan di Kampung Benteng Kanan, mendapati penduduk sibuk mengalihkan peralatan elektrik, perabot dan barangan rumah mereka termasuk perkakasan kedai ke tempat yang selamat.

Penduduk, Sulaiman Hassan, 55, berkata, kejadian air pasang besar yang menyebabkan banjir biasanya berlaku pada akhir tahun, namun berbeza pada tahun ini apabila fenomena itu dijangka berlaku pada bulan depan.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/641352/edisi/johor/penduduk-kukup-siap-sedia-hadapi-air-pasang-besar

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Johor