Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Johor hingga Ahad

BERITA SEMASA 4 JANUARI 2024

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor bermula hari ini hingga Ahad.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku sehingga Ahad melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642544/berita/semasa/amaran-hujan-lebat-berterusan-tahap-buruk-di-johor-hingga-ahad

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #SinarTerkini #amaranhujanlebat