Bunuh: Dua beradik dihadapkan ke mahkamah

BERITA SEMASA 4 JANUARI 2024

Dua beradik, P Jagdeeshraj dan abangnya, P Vasantharaj dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Khamis atas dakwaan membunuh seorang lelaki 27 Oktober 2023, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh, serta tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Muhammad Syafiq Abd Latif, di tepi persimpangan Jalan Trus/Jalan Ungku Puan, Johor Bahru, sekitar jam 1.08 pagi.

Kedua-dua mereka didapati telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta yang sama.

Bagaimanapun, tiada pengakuan yang direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Mac 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642565/berita/semasa/dua-beradik-didakwa-membunuh

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #duaberadikdidakwamembunuh