BERITA SEMASA 5 JANUARI 2024

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wangsa Maju, Lai Chen Heng meluahkan kekesalan apabila empat banting parti yang dipasang sekitar Wangsa Maju disabotaj dan dirosakkan dalam tempoh setahun.

Chen Heng berkata, dua banting ucapan Tahun Baharu 2023 dan Hari Malaysia yang dipasang pada Januari dan September tahun lalu telah dikoyakkan.

Menurutnya, terbaharu dua lagi banting sempena Hari Krismas dan Tahun Baharu 2024 pula di lempar cat merah dalam tempoh seminggu iaitu pada 27 Disember dan Khamis lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642834/berita/semasa/empat-kali-banting-pkr-disabotaj-gambar-dibaling-cat-merah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #sabotaj #PDRM