Pertuduhan bermotif politik, sekat kebebasan bersuara - Papagomo

BERITA SEMASA 8 JANUARI 2024

Penulis blog Papagomo menyifatkan pertuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Isnin, sebagai bermotifkan politik.

Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 41, berkata, ia tidak lebih kepada tindakan menyekat kebebasannya untuk bersuara dan mengkritik kerajaan.

Pada Isnin, dia mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menyebut kata-kata menghasut, antaranya mengaitkan kerajaan dengan pro-Israel dan Barat, di laman Facebook 'Halid Hamidi (Halid Mat Kool)' pada jam 1 tengah hari, 8 November tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643256/berita/semasa/pertuduhan-bermotif-politik-sekat-kebebasan-bersuara---papagomo

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #papagomo #Mahkamah