Pas desak PM perjelas isu RM500 juta, RM750 juta - Ahmad Fadhli

BERITA SEMASA 10 JANUARI 2024

PAS meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan maksud di sebalik derma RM500 juta dan RM750 juta seperti dikongsi melalui kenyataan di akaun media sosialnya semalam.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan Perdana Menteri tanpa memberikan sebarang penjelasan lanjut menimbulkan keraguan.

Melalui kenyataan di Facebooknya, Ahmad Fadhli berharap ia tidak seperti tuduhan Perikatan Nasional menerima dana judi yang gagal dibuktikan perdana menteri sehingga kini.

Perdana Menteri melalui kenyataan pada Selasa memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terbabit dalam sebarang percaturan politik.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643617/berita/nasional/pmx-kena-dedahkan-isu-rm500-juta-rm750-juta---fadhli-shaari

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PerikatanNasional #KerajaanPerpaduan #Derma #PMX