Jemaah Menteri kutuk keras serangan terhadap rumah Khoo Ham

BERITA SEMASA 10 JANUARI 2024

Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Rabu mengutuk sekeras-kerasnya insiden lontaran molotov cocktail ke arah kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak pagi Rabu, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Rentetan insiden itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Jemaah Menteri turut mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa bertindak berlandaskan undang-undang termasuk dalam mengurus perbezaan pandangan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643690/berita/nasional/jemaah-menteri-mengutuk-keras-serangan-terhadap-rumah-khoo-ham

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #KooHam