Sebahagian peniaga jalanan di Ulu Tiram, Johor Bahru bimbang berhubung amaran hujan lebat tahap buruk sehingga Ahad, yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi tinjauan Astro AWANI, rata-rata mereka memaklumkan, perniagaan yang diusahakan pasti terjejas teruk, sekiranya banjir kembali melanda.

Peniaga juga berdepan risiko segala alat perniagaan diterbangkan angin ketika huja lebat dan hanjut dibawa arus.