Surprise Me!

Himpunan Hari Bertindak Global untuk Gaza di Kuala Lumpur

2024-01-13 10,870 Dailymotion

Himpunan Hari Bertindak Global untuk Gaza di Kuala Lumpur

BERITA SEMASA 13 JANUARI 2024

Malaysia terus menyuarakan bantahan terhadap kekejaman Israel melalui Himpunan ‘Hari Bertindak Global: Gencatan Senjata Sekarang, Hentikan Perang di Gaza’ yang berlangsung berhampiran Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Syamira Liana Nor Ashaha.

Perhimpunan ini yang dianjurkan dengan kerjasama lebih 30 pertubuhan pro-Palestin, berlangsung serentak di sekurang-kurangnya 78 ibu kota di seluruh dunia.

Rata-rata yang hadir membawa plakad dengan laungan mesej yang sama, iaitu mengutuk kezaliman Israel terhadap rakyat Gaza.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #Palestin #Gaza

Buy Now on CodeCanyon