RUU Penggal Tetap bukan keutamaan Kerajaan Perpaduan - PM

BERITA SEMASA 16 JANUARI 2024

Cadangan mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) Penggal Tetap bagi mengekalkan kerajaan mentadbir negara sehingga tamat penggal bukan menjadi keutamaan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut juga tidak dibincangkan secara formal.

Jelas beliau, terlalu awal untuk kerajaan membuat keputusan mengenai cadangan itu, malah ia juga belum dirujuk kepada Peguam Negara.

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/644611/berita/nasional/ruu-penggal-tetap-bukan-keutamaan-kerajaan-perpaduan---pm

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #AnwarIbrahim #KerajaanPerpaduan