BERITA SEMASA 17 JANUARI 2024

Penerbit dan Pengarah filem kontroversi, Mentega Terbang mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret berasingan di Kuala Lumpur hari ini, masing-masing atas satu pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain, Februari tahun lalu.

Penerbit, Tan Meng Kheng, 37, dan pengarah, Mohd Khairianwar Jailani, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim dan Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan, Meng Kheng dan Mohd Khairianwar yang juga penulis skrip filem itu, didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain menerusi perkataan dan visual.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644792/berita/semasa/pengarah-penerbit-mentega-terbang-didakwa-hina-agama

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #MentegaTerbang #hinagama