SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri

BERITA SEMASA 18 JANUARI 2024

SPRM mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada seorang anak bekas Perdana Menteri pada Rabu dipercayai berhubung perniagaannya pada akhir tahun 1990-an.

Sumber SPRM memaklumkan individu terbabit dipanggil memberi keterangan termasuk bagi mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.

Siasatan itu difahamkan terhadap syarikat kepunyaan individu berkenaan yang didakwa membeli sebuah subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644945/berita/semasa/sprm-ambil-keterangan-anak-bekas-perdana-menteri

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #IstiharHarta