Dalang sindiket ‘kartel perolehan’ TLDM direman

BERITA SEMASA 19 JANUARI 2024

Tiga lelaki yang dipercayai terlibat sebagai 'orang tengah' bagi kerja-kerja perolehan membabitkan sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman selama tujuh hari sehingga 25 Januari ini bagi membantu siasatan, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nurmadiana Mamat pada Jumaat.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan yang berusia dalan lingkungan 28 hingga 47 tahun itu ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Khamis.

Menurut sumber, penahanan kesemua mereka dibuat berhubung dakwaan kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang sindiket ‘kartel perolehan’ kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah kem berkenaan.

Kes berkenaan dikatakan melibatkan perolehan yang secara keseluruhannya bernilai lebih RM9 juta.

Difahamkan, pembayaran penuh telah pun dilaksanakan sedangkan pembinaan masih belum disiapkan dengan sempurna.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645185/berita/semasa/dalang-sindiket-kartel-perolehan-tldm-direman

#SinarHarian #SinarTerkini #Mahkamah