SPRM dapat kebenaran dakwa Tun Daim - Azam

BERITA SEMASA 24 JANUARI 2024

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah memperoleh kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin sejak seminggu lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Tun Dr Daim sepatutnya sudah boleh dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, pegawai penyiasat SPRM telah berhubung dengan peguam Tun Dr Daim, namun pihaknya dimaklumkan bahawa bekas Menteri Kewangan itu dimasukkan ke hospital atas alasan tidak dinyatakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645990/berita/semasa/sprm-dapat-kebenaran-dakwa-tun-daim---azam-baki

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #SPRM #TunDaim