Penganggur tak mengaku buang helaian al-Quran

BERITA SEMASA 24 JANUARI 2024

Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Pilah pada Rabu atas pertuduhan melempar helaian dan cebisan al-Quran di tepi jalan pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Mohd Ruzainis Md Sin, 37, yang sebelum itu membuat pengakuan bersalah menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas memberitahu tidak faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Dia turut mempersoalkan ketiadaan pegawai penyiasat kes itu di mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melemparkan helaian dan cebisan al-Quran dengan mengetahui mana-mana orang mungkin menyifatkan itu sebagai mencemarkan dan suatu keaiban kepada agama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645971/berita/semasa/penganggur-tak-mengaku-buang-helaian-al-quran

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #lemparhelaianQurantepijalan