Suspek kes bunuh Bella tidak diberi layanan istimewa - KPN

BERITA SEMASA 24 JANUARI 2024

Polis menafikan dakwaan teman lelaki Mila Sharmila Samsusah, atau Bella yang merupakan suspek utama kes pembunuhan ibu tunggal itu, diberi layanan istimewa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, suspek berusia 24 tahun yang bekerja di syarikat kurier dilepaskan dengan jaminan polis pada 29 Disember tahun lalu, selepas dirakam percakapan.

Razarudin menegaskan siasatan polis dilakukan secara menyeluruh merangkumi semua aspek sekali gus menafikan dakwaan keluarga yang mempersoalkan polis lambat bertindak.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646009/berita/semasa/suspek-kes-bunuh-bella-tidak-diberi-layanan-istimewa---kpn

#BeritaSemasa #SinarHarian #BellaDibunuh #Cemburu #PDRM #KPN