Tanah runtuh Cameron Highlands: Satu lagi mayat ditemui

BERITA SEMASA 26 JANUARI 2024

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat kedua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.

Mayat lelaki warga Myanmar itu ditemui sekitar jam 12.05 tengah hari di bawah runtuhan tanah dalam jarak 10 meter dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, penemuan itu menjadikan dua mangsa daripada keseluruhan lima orang ditemui setakat ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646363/berita/semasa/tanah-runtuh-cameron-highlands-mayat-kedua-mangsa-tertimbus-ditemui

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #TanahRuntuh #CameronHighlands