BERITA SEMASA 26 JANUARI 2024

Operasi mencari dan menyelamat mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands tertumpu kepada dua daripada empat sektor, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pencarian itu melibatkan sektor B dan sektor C pada keluasan hampir 25 meter dan anggaran kecerunan 35 hingga 45 darjah.

Menurutnya, tumpuan diberikan ke arah dua sektor itu kerana percaya mangsa terperangkap di lokasi sama sekitar kawasan sektor itu.

Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/646375/berita/semasa/operasi-menyelamat-tumpu-dua-sektor-bomba

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #SinarTerkini #bomba #tanahruntuh #cameronhighlands