SEBAGAI pelakon baharu, nama Amy Nur Tinie semakin meningkat naik di persada seni selepas tampil dengan beberapa naskhah bergenre seram.

Meski memiliki raut wajah jelita, juara ratu cantik Miss Eco International 2019 itu sebaliknya nampak lebih bertuah untuk watak hantu dan dunia pengacaraan.

Tatkala sesi temu bual secara virtual bersama SinarPlus baru-baru ini, pemilik nama sebenar Amy Nur Tinie Abdul Aziz akui beliau takutkan sesuatu meski perwatakan agak 'abang-abang.'

Figura tinggi lampai berusia 28 tahun itu juga teringin mencuba kerjaya yang tak pernah orang terfikir mahu melakukannya. Apakah pekerjaan tersebut?

Selain itu, putera raja manakah yang mampu membuatkan gadis Melayu kacukan Arab itu cair dan kenapa?

Ketahui semua jawapan padat dan bernas yang dikongsikan pelantun lagu runut bunyi Ketika Malam menerusi video yang dikongsikan ini.

#coverSinarPlus #amynurtinie #pengacara #hos #usahawan #sinarplus #lifestyleSinarharian

Personaliti: AMY NUR TINIE (@amynurtinie)
Teks/ video: ARZIANA MOHMAD AZAMAN (@arziana_azaman)
Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID (@halimwahid)
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR