Surprise Me!

Agong pun boleh pakai uniform polis

2024-01-30 155 Dailymotion

BERITA SEMASA 30 JANUARI 2024

Mengulas tentang peranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkata, beberapa perkara boleh ditambah baik seiring usaha memperkukuh institusi tersebut.

Menurut baginda, selain menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, ada juga cadangan menjadikan Agong sebagai Suruhanjaya Kehormat Polis yang akan dibincangkan dalam Parlimen.

'Ini hanya formaliti... supaya Agong boleh pakai pakaian polis," titah Tuanku.

Baginda ditemui dalam wawancara khas bersama editor dan wartawan kanan media-media di Istana Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #Agong #AgongKita #YDPA #DaulatTuanku #DirgayahuTuanku #AlSultan #sinarharian

Buy Now on CodeCanyon