Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah bersidang pada 29
Januari 2024. Sebanyak lima (5) kertas pengampunan termasuk
permohonan YBhg. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah
dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan tersebut yang
dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.